Tuesday, June 19, 2012

Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin

Pada minggu lalu aku berpeluang menghadiri Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin yg dilangsungkan di PWTC Kuala Lumpur pada 15 ~ 17 June 2012.

Aku memang tak menyangka akan menghadiri seminar ini dn terfikir kewajaran menghadirinya tetapi merasakan sesuatu yg ALLAH henadak bagi aku sesuatu dn tugas yg perlu dilakukan. Gerak Hatiku mengata apa yg aku perlu lakukan di dalam hidup ini iaitu mencari Ilmu dn menyampaikannya.

Setiap orang Islam wajib mentaati pempimpin, samada pemimpin keluarga, masyarakat, politik dn negara selagi pemimpin itu menjalankan tugas dengan adil  dn beriman dgn ALLAH.
Kenapa dipilih perkataan pemimpin bukan pemerintah? Ini adalah utk mentakrifkan bahawa sesuatu entiti kecil akan memberi kesan ke atas sebuah negara. Keharmonian sebuah keluarga akan memberi kesan hasil didikan anak2 yg berakhlak mulia dn menjadikan ilmu yg dipelajari menjadi akhlak yg terpuji.

Pengaruh ibu bapa adalah penting supaya ilmu yg anak2 pelajari bukan setakat hafalan di mulut tetapi dicernakan di hati dn sebati bersama akhlak anak2 itu. Jangan dirisau pencapaian anak di sekolah kerana apa yg dipelajari akan dizahir secara automatik apabila tiba masanya. Apa yg penting, bimbingi anak2 utk ikhlas dalam setiap perbuatan hanyalah utk ALLAH bukan hanya mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan. Inilah yang aku cuba dalam mendidik anak2 aku, aku cuma menekankan jika mereka mahu lebih pandai dn berjaya berdoalah supaya ALLAH mengurniakan Ilmu itu kerana ALLAH jua pemilik segala ilmu di dunia.

Mungkin apa yg aku perkatakan di atas tk berkaitan dgn taati pemimpin tetapi pembentukan ibubapa sebagai idola anak2 perlu sebagai asas untuk mereka lebih mentaati pemimpin di dalam setiap organisasi.

Aku cuba kupas semua tajuk sekira ianya dibenarkan oleh ALLAH , kerana aku tahu aku tak mampu hanya ALLAH saja yg memberi kekuatan hatta utk mengelip mata. Bacalah dari persepsi positif bukan mahu mencari keburukan, jika aku salah tegur secara berhikmah kerana aku sedia untuk ditegur bukan dikecam.

Aku hanya mengharap kesemuanya dari ALLAH untuk menerus kehidupan sehingga ke saat sakaratul maut. aku teringin melihat kejayaan terbayang di mata di saat sakaratul maut. Ya ALLAH kau berikan CINTAMU dan berikan KERINDUANKU utk berjumpa Nabi Muhammad S.A.W.

No comments:

Post a Comment