Thursday, June 21, 2012

Pendekatan Wasatiyah Peneraju Kepimpinan Islam

Mengikut apa yg diterangkan di dalam seminar ini:'
Dari segi bahasa bermaksud sangat adil dan tak melampau. ataupun dengan kata lain tidak melampau dan tidak longgar.
Ia juga bermaksud pertengahan dan sederhana.
walau apa pun wasatiyah hanya istilah, tetapi maksudnya adalah pendekatan mengikut fitrah alam yg berserderhana dengan pendekatan adil dn berhikmah. Ini bermaksud berakhlak mulia dengan menunaikan tuntutan dan amanah ALLAH dna tidak lupa menunaikan tuntuan dunia seperti memerintah, berkeluarga, jiran dn lain. Pendekatan ini utk mengelak ketaksuban yg melampau terhadap apa- apa perkara dan juga tidak mahu umat islam lupa menunaikan amanah utk dunia dan akhirat.

untuk mencapai apa yg disarankan ini kita haruslah selalu muhasabah diri untuk melihat siapa diri kita, kemana tujuan kita dan cukupkah bekalan kita. janganlah menghitung kebaikan kita tetapi hitunglah kemungkaran dan kesalahan kita yang akan menghumban ke neraka. apabila kita menghitungkan kebaikan kita, maka akan datanglah syaitan yg menerbitka perasaan ego, riak, ujub dan takabur. Semua sifat ini adalah syirik tersembnyi yang kan menghapuskan kesemua amalan kita.

Mengaku kesalahan sendiri bukanlah menunjukkan kita lemah tetapi memberi kita kekuatan di mana ALLAH akan mengilhamkan kita macam mana nak atasinya. apa yg penting kita berfikiran positif dan YAKIN apa yang kita buat itu akan berjaya.

Untuk berjaya dan positif, duduklah dikalangan mereka yang positif supaya gelombang kebaikan akan mengaktifkan gelombang positif kita yang telah tersumbat hasil dek negatif dan buruk sangka. berprasangka baik dengan orang lain akan memberi kesan kepada orang lain dalam hubungan kita bermasyarakat.

Akhir sekali berprasangka baik dengan ALLAH. YAKINlah apabila berdoa dan jangan mengeluh dan selalu berkata mesti ada jalan. Saya pernah mengalami peristiwa ini taktala buntu bila hendak menyelesaikan suatu kertas kerja, dengan cogan kata mesti boleh aje, ilham dan orang yang saya nak jumpa ditemukan dan merealisasi matlamat saya.

No comments:

Post a Comment