Mengikut apa yg diterangkan di dalam seminar ini:'
Dari segi bahasa bermaksud sangat adil dan tak melampau. ataupun dengan kata lain tidak melampau dan tidak longgar.
Ia juga bermaksud pertengahan dan sederhana.
walau apa pun wasatiyah hanya istilah, tetapi maksudnya adalah pendekatan mengikut fitrah alam yg berserderhana dengan pendekatan adil dn berhikmah. Ini bermaksud berakhlak mulia dengan menunaikan tuntutan dan amanah ALLAH dna tidak lupa menunaikan tuntuan dunia seperti memerintah, berkeluarga, jiran dn lain. Pendekatan ini utk mengelak ketaksuban yg melampau terhadap apa- apa perkara dan juga tidak mahu umat islam lupa menunaikan amanah utk dunia dan akhirat.
untuk mencapai apa yg disarankan ini kita haruslah selalu muhasabah diri untuk melihat siapa diri kita, kemana tujuan kita dan cukupkah bekalan kita. janganlah menghitung kebaikan kita tetapi hitunglah kemungkaran dan kesalahan kita yang akan menghumban ke neraka. apabila kita menghitungkan kebaikan kita, maka akan datanglah syaitan yg menerbitka perasaan ego, riak, ujub dan takabur. Semua sifat ini adalah syirik tersembnyi yang kan menghapuskan kesemua amalan kita.
Mengaku kesalahan sendiri bukanlah menunjukkan kita lemah tetapi memberi kita kekuatan di mana ALLAH akan mengilhamkan kita macam mana nak atasinya. apa yg penting kita berfikiran positif dan YAKIN apa yang kita buat itu akan berjaya.
Untuk berjaya dan positif, duduklah dikalangan mereka yang positif supaya gelombang kebaikan akan mengaktifkan gelombang positif kita yang telah tersumbat hasil dek negatif dan buruk sangka. berprasangka baik dengan orang lain akan memberi kesan kepada orang lain dalam hubungan kita bermasyarakat.
Akhir sekali berprasangka baik dengan ALLAH. YAKINlah apabila berdoa dan jangan mengeluh dan selalu berkata mesti ada jalan. Saya pernah mengalami peristiwa ini taktala buntu bila hendak menyelesaikan suatu kertas kerja, dengan cogan kata mesti boleh aje, ilham dan orang yang saya nak jumpa ditemukan dan merealisasi matlamat saya.
Thursday, June 21, 2012
Wednesday, June 20, 2012
Kempimpinan Dunia Islam dan Cabaran Semasa
Bismillah HirRahman Nir Rahim.
Dengan Nama ALLAH yg Maha Permurah dan Maha Mengasihani
Inilah isi kandungan yg dibentangkan dalam kertas kerja pertama oleh Al-Syaikh Mahmood A'asyur (mantan wakil Al Azhar)
1. Tanggungjawab seorang pemimpin yang diwakilkan oleh ALLAH untuk memimpin manusia untuk memikul tanggungjawab dan amanah. Ini bermaksud pemimpin berusaha untuk menjamin suasana yang baik bagi rakyatnya dalam keadaan kesejahteraan dan merdeka tanpa tekanan, keganasan dan ketakutan.
2. Pemimpin perlu memilih pembantu dan penasihat yang soleh dn bijaksana (keadaan sekarang jawatan mufti, jakim dan majlis agama Islam negeri). Pembantu yang soleh dan bijaksana ini akan berusaha untuk kepentingan rakyat dan negara dan membantu pemimpin (pemerintah) ke arah kebaikan dan memberi pandangan dan idea yang baik dengan ikhlas.
3. Pemerintahan Islam bukanlah bermaksud kita berdakwah kepada orang Islam sahaja tetapi perlu mentebarkan dakwah kepada semua tanpa membezakan agama dan status seseorang.
4. Negara Islam adalah negara yang menjaga agamanya dan menegakkan syariatnya. Perumpaan Syaikh ini seperti solat dibelakang imam tetapi bukan mengabdikan diri untuk imam. orang Islam juga boleh membicara tentang pemimpin yang dipilih mereka. Hak untuk memilih pemimpin tanpa pergaduhan dan rampasan kuasa.
5. jika pemimpin mengabaikan tuntutan Al Quran dan Sunnah, dua-dua atau salah satu, maka tidak perlu mengikuti dan perlulah dihukum mengikut hadnya dan memilih pemimpin yang lebih baik.
6. Ketaatan rakyat kepada pemimpin adalah bergantung kepada ketaatan pemimpin terhadap ALLAH dan RasulNYA.
Inilah antara intipati Kepimpinan di dalam Islam yang perlu kita ikuti bukan hanya mengikuti seruan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Di waktu sekarang, Malaysia mempunyai golongan umat Islam yg menentang pemerintah yang dikata zalim dan tak ikut ajaran Islam , apa buktinya untuk menghalalkannya. Ada golongan yang mempertahankan pemerintah kerana berfikir wajar diteruskan pemerintahan sedia ada. Dan golongan ketiga yang senantiasa melihat rekod pemerintahan dari dulu hingga sekarang dan berkata pemerintahan sekarang perlu dikekalkan kerana jikalau diubahkan akan mendatang bencana yang akan mendatang huru hara dan kebinasaan. mereka berkata Pemerintahan sekarang masih mempunyai AMANAH dari ALLAH untuk memerintah Malaysia.

Jangan bertindak melulu, lihat kesan dan akibat dari setiap tindakan kerana kompromi dengan puak bukan Islam yang dominan akan menyebabkan kuasa pemerintahan negara Islam akan terhakis.
Sesungguhnya ALLAH MAHA ADIL menyerahkan pemerintahan MALAYSIA kepada pemerintah sekarang kerana ada sebab-sebab tertentu. Lihatlah HIKMAH di sebalik kejadian kerana realiti selalu menipu dan akal sering ditipu oleh syaitan. jangan ikut jemaah yang menganjurkan perpecahan dan iktlah jemaah yang menyeru perpaduan. Adakah kita mahu berada di pihak yg beruntung atau rugi.

Semuga kita mendapat petunjuk kebenaran dan dibukakan hati menerima hidayah
Tuesday, June 19, 2012
Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin
Pada minggu lalu aku berpeluang menghadiri Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin yg dilangsungkan di PWTC Kuala Lumpur pada 15 ~ 17 June 2012.
Aku memang tak menyangka akan menghadiri seminar ini dn terfikir kewajaran menghadirinya tetapi merasakan sesuatu yg ALLAH henadak bagi aku sesuatu dn tugas yg perlu dilakukan. Gerak Hatiku mengata apa yg aku perlu lakukan di dalam hidup ini iaitu mencari Ilmu dn menyampaikannya.
Setiap orang Islam wajib mentaati pempimpin, samada pemimpin keluarga, masyarakat, politik dn negara selagi pemimpin itu menjalankan tugas dengan adil dn beriman dgn ALLAH.
Kenapa dipilih perkataan pemimpin bukan pemerintah? Ini adalah utk mentakrifkan bahawa sesuatu entiti kecil akan memberi kesan ke atas sebuah negara. Keharmonian sebuah keluarga akan memberi kesan hasil didikan anak2 yg berakhlak mulia dn menjadikan ilmu yg dipelajari menjadi akhlak yg terpuji.
Pengaruh ibu bapa adalah penting supaya ilmu yg anak2 pelajari bukan setakat hafalan di mulut tetapi dicernakan di hati dn sebati bersama akhlak anak2 itu. Jangan dirisau pencapaian anak di sekolah kerana apa yg dipelajari akan dizahir secara automatik apabila tiba masanya. Apa yg penting, bimbingi anak2 utk ikhlas dalam setiap perbuatan hanyalah utk ALLAH bukan hanya mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan. Inilah yang aku cuba dalam mendidik anak2 aku, aku cuma menekankan jika mereka mahu lebih pandai dn berjaya berdoalah supaya ALLAH mengurniakan Ilmu itu kerana ALLAH jua pemilik segala ilmu di dunia.
Mungkin apa yg aku perkatakan di atas tk berkaitan dgn taati pemimpin tetapi pembentukan ibubapa sebagai idola anak2 perlu sebagai asas untuk mereka lebih mentaati pemimpin di dalam setiap organisasi.
Aku cuba kupas semua tajuk sekira ianya dibenarkan oleh ALLAH , kerana aku tahu aku tak mampu hanya ALLAH saja yg memberi kekuatan hatta utk mengelip mata. Bacalah dari persepsi positif bukan mahu mencari keburukan, jika aku salah tegur secara berhikmah kerana aku sedia untuk ditegur bukan dikecam.
Aku hanya mengharap kesemuanya dari ALLAH untuk menerus kehidupan sehingga ke saat sakaratul maut. aku teringin melihat kejayaan terbayang di mata di saat sakaratul maut. Ya ALLAH kau berikan CINTAMU dan berikan KERINDUANKU utk berjumpa Nabi Muhammad S.A.W.

Subscribe to:
Posts (Atom)