Hari Raya Aidilfitri kita kembalinya kepada fitrah setelah sekian 30 hari menahan diri dari melakukan ibadah penyucian diri dan melawan segala keinginan yang membantutkan kebaikan untuk diri kita. Pada ketika ini kita seperti baru dilahirkan seperti bayi. Pada waktu ini kita dapat mengorbankan CINTA DUNIA kita hanya untuk mendapatkan CINTA ALLAH. yang abadi.
Apakah CINTA DUNIA itu ? Cinta Dunia itu apa yang kita cinta sekarang seperti keluarga, harta benda, kedudukan dan lain-lain. Mengorban Cinta Dunia bukan bermakna kita membuangkan Dunia tetapi kita lebih memilih Cinta ALLAH apabila berlaku takdir yang menampakkan kerugian kepada kita tetapi kita redha kerana kita tahu kita dah berusaha sedaya upaya dan tahu apa yang kita usahakan akan dapat yang lebih baik.
Adakah kita sanggup melepaskan pangkat dan harta apabila panggilan jihad diseru. Maka beruntunglah mereka yang mencintai ALLAH untuk segalanya yang mengimpikan syurga sebagai balasannya.
Ambillah hanya haq kita tanpa mengambil haq orang lain. sekira ini kita amalkan, rasuah dan kronism tidak akan berlaku dan memberikan kesejahteraan kepada umat dan negara.
Ambillah hanya haq kita tanpa mengambil haq orang lain. sekira ini kita amalkan, rasuah dan kronism tidak akan berlaku dan memberikan kesejahteraan kepada umat dan negara.
No comments:
Post a Comment