Sunday, October 20, 2013

Kebesaran Aidil Adha berbanding Aidil Fitri

Ramai yang mengatakan Hari Raya Aidil Adha lebih besar dari Hari Raya Aidilfitri di sisi ALLAH, kenapa? Ini adalah sebankan Hari Raya Aidil Fitri adalah penyedia kepada pengorbanan. 

Hari Raya Aidilfitri kita kembalinya kepada fitrah setelah sekian 30 hari menahan diri dari melakukan ibadah penyucian diri dan melawan segala keinginan yang membantutkan kebaikan untuk diri kita. Pada ketika ini kita seperti baru dilahirkan seperti bayi. Pada waktu ini kita dapat mengorbankan CINTA DUNIA kita hanya untuk mendapatkan CINTA ALLAH. yang abadi.

Apakah CINTA DUNIA itu ? Cinta Dunia itu  apa yang kita cinta sekarang seperti keluarga, harta benda, kedudukan dan lain-lain. Mengorban Cinta Dunia bukan bermakna kita membuangkan Dunia tetapi kita lebih memilih Cinta ALLAH apabila berlaku takdir yang menampakkan kerugian kepada kita tetapi kita redha kerana kita tahu kita dah berusaha sedaya upaya dan tahu apa yang kita usahakan akan dapat yang lebih baik.

Adakah kita sanggup melepaskan pangkat dan harta apabila panggilan jihad diseru. Maka beruntunglah mereka yang mencintai ALLAH untuk segalanya yang mengimpikan syurga sebagai balasannya.
Ambillah hanya haq kita tanpa mengambil haq orang lain. sekira ini kita amalkan, rasuah dan kronism tidak akan berlaku dan memberikan kesejahteraan kepada umat dan negara.

Nukilan dari FB - 1

Apabila kita renung kembali kisah di dalam Al Quran, kemusnahan tamadun sesuatu kaum itu akan berlaku apabila mereka melakukan kemungkaran dan mereka tidak mengendahkan sebarang peringatan yang diberi.
Ini juga yang berlaku di dalam kerajaan Islam terdahulu samada di dalam Bani Umayah, Abbassiah atau Ottoman. dan ini juga berlaku di dalam kerajaan Melayu dengan mengambil contoh Kesultanan Melayu Melaka.

Kejatuhan Empayar Melaka jatuh bukan kerana kekuatan persenjataan Portugis tetapi kelemahan moral orang Melayu di dalam kota Melaka. Punca kejatuhan Kota Melaka itu adalah hasad dengki, berkepentingan diri, tenggelam dengan kemewahan dunia dan lupa kepada tanggung jawab .Di masa itu Sultan Melaka juga mempunyai perasaan tenggelam dalam kemewahan dunia, manakala pembesar Istana mempunyai kepentingan diri dan cuba menggunakan amanah sebagai lubuk kekayaan. manakala rakyat Melaka pula ada yang berhasad dengki akibat termakan fitnah dari orang menangguk di air yang keruh.

Tetapi nasib baik azab ALLAH hanya cengkaman kuasa pemerintahan dan bukan pemusnahan kaum seperti umat terdahului. Oleh kerana bimbingan alim ulama orang Melayu dapat kembali tanah Melaka. Dan semangat ini juga yang membawa kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu apabila semua orang Melayu bersatu kerana ALLAH menuntut hak tanah ibu pertiwi. Tetapi malangnya akibat kuasa dan harta, orang Melayu kembali bersengketa sehingga sanggup memutus silahturrahim.

Di masa ini kita lihat ketidak telusan dalam pengagihan hasil masyul oleh kerajaan mengikut dakwaan sesetengah orang. Mereka berkata kerajaan rasuah dan kroni dan mengayakankaum kerabat dan pengikutnya hanya mengharap serpihan dari kekayaan kroni. Maka bertindaklah satu golongan ini atas nama politik dan demokrasi utk menjatuhkan kerajaan sekarang. mereka cuba meraih sokongan dengan bermain emosi bahawa kerajaan perlu ditukar.

Bagiku kerajaan sekarang tidak perlu ditukar kerana masih memberi kemudahan kepada rakyat biasa seperti aku. Ini juga yang disarankan di dalam Islam supaya taat pemerintah walaupun mereka zalim kerana ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kerajaan perlu ditukar sekiranya ianya bukan diterajui oleh orang yang bukan dari ASWJ dan bertindak seperti Al Asad. Kalau kita cuba menjatuhkan juga kita juga akan menerima kekalahan kerana mereka yang betul niatnya akan dinaikkan oleh ALLAH dan tidak menjadi demokrasi sebagai amalannya. Apa yang perlu ditukarkan adalah pemimpinnya iaitu dari pemimpin yang berkepentingan diri (samada terlibat di dalam rasuah atau kroni) kepada pemimpin yang ikhlas mentadbir negara dengan menunaikan haq kepada yang berhak. Memberi bantuan moral dan kebendaan kepada yang memerlukan mengikut apa yang mereka perlukan. tegas dalam sesuatu perkara dan bertolak ansur di dalam perkara. Orang yang mahu ditukar kerajaan hanyalah orang mahu kuasa dan tempias dari pemimpin mereka,

Aku tiada kepentingan di dalam BN atau PR dan aku tak mahu menyebarkan fitnah dan adu domba. aku cuma mahu mengetuk hati saudara ku dan bertanya atas dasar apa kamu berjuang dan mengapa akhlak kamu tidak mencermin seorang ISLAM yang mengajak kebenaran dan kesejahteraan. Kenapa perlu kita mendoakan kepada keburukan sedangkan Islam mengajar kita menndoakan kepada kebaikan. kenapa kita menentang Asobiyah sedangkan kita mengamalkan asobiyah. Jangan taksub pemimpin tetapi hormatlah pemimpin. Apabila pemimpin lari dari asas perjuangan, maka kita beralihlah kepada orang yang masih memegang asas perjuangan. . Tiada pemimpin yang dilantik dirinya dan ketua kita hanya memegang amanah dari jemaah kita. Pemimpin kita adalah diri kita dan tiada orang mampu memimpin diri kita hanya diri kita. Kembalilah berkasih sayang kerana ALLAH dan saling mendoakan kepada kebaikan.

Semuga kita semua umat Islam di Malaysia ini dirahmati dan mendapat petunjuk dan pertolongan dari ALLAH




Kata- Kata kita yang kita tak sedar apabila diucapkan

Sebenarnya apa yang kita katakan itu adalah ilmu dan di mana ilmu itu sampai. Ilmu itu diproses dengan sudut pandang dan prasangka kita dan menghasilkan tindak balas.

Orang akan mengetahui apa sudut pandang dan prasangka kita mengikut apa yang kita katakan. Sebab itu kita berbeza pendapat kerana sudut pandang dan prasangka kita berbeza. Untuk kita menyamakan pendapat maka wajarlah kita muhasabah diri.
Adakah kita sudah tahu bagaimana kita akan mati. Kematian itu pasti dan kita boleh mencorakkan kematian itu samada yang terindah atau menakutkan. Untuk mendapatkan kematian yang terindah, selalulah muhasabah diri dan menolong agama dan orang lain.

Sebenarnya ramai berkata mengikut apa yang mereka faham mengikut cara mereka belajar bukan dari pengalaman hidup. Sememangnya bercakap mengikut pembelajaran dari pengalaman hidup memang sukar diterjemahkan di atas kertas atau sesuatu media.
Sebab itu ada perbezaan dalam sesuatu isu walaupun maksud yang sama.
Kesimpulannya ramai memperkatakan lebih ranting dari isu pokok. Kalau kita membincangkan terus isu pokok, inshaa ALLAH ianya tiada perbezaan pendapat.